Hello my friends..

Friday, 28 January 2011

Boring :(

Seperti selalu,aku bangun awal tetapi dikejutkan dengan satu panggilan telifon daripada ayah.Setelah itu,aku tidur semula.Aku telah dikejutkan pula oleh abang yang telah bersiap mahu berangkat ke politeknik bersama-sama dengan Aswat yang tinggal berhampiran dengan rumah aku.Pada kebiasaannya,mak aku tiada di rumah.Mak aku keluar bersama adik aku,Mira untuk makan pagi di kadai yang berdekatan dengan rumahku.Setelah itu mak menghantar Mira ke Tadika Kemas yang terletak tidak jauh dari rumahku.Aku pula meneruskan rutin harianku seperti biasa.Mengemas rumah adalah tugasku.Walaupun penat,aku tetap akan melaksanakan tugasku sehingga selesai.Akhirnya aku tertidur kerana kepenatan.Walaupun seketika,tetapi sudah memadai.Setelah itu,aku segera mandi untuk membersihkan diri dari segala kekotoran dan bau badan yang tidak menyenangkan akibat daripada berpeluh yang membuatkan aku berasa sticky.Aku mempersiapkan diriku dengan sehelai t-shirt berlengan panjang dan seluar jeans.Aku merapikan rambutku yang panjang mengurai dengan sikat dan memakai krim pencerah lengkap antiMARKS pada mukaku untuk tampil cerah blemish-less.Kemudian,aku ke ruang tamu untuk menonton televisyen sekadar untuk menghilangkan kebosananku.Mak aku pula sedang sibuk menyediakan juadah makan tengah hari untuk kami sekeluarga.Setelah itu,mak bergegas ke tadika untuk menjemput Mira pulang.Setibanya Mira di rumah,aku segera memberinya makan sedangkan mak aku sedang berehat di biliknya untuk menyambung semula bacaan buku novelnya yang baru dipinjam di perpustakaan tempoh hari.Beginilah rutin harian mak aku.Dia tidak jemu-jemu untuk menelaah dan adakalanya menceritakan semula segala yang dibacanya kepada aku.Hampir pukul 12.30 p.m mak aku segera menjemput Yan dari sekolah.Abangku pula telah pulang awal sebelum Yan.Setibanya di rumah,melihat sahaja telatah Mira yang sedang makan,abangku tersenyum lalu mengambil pinggan dan menyudip nasi lalu berjalan ke arah adik yang sedang duduk di kerusi.Setelah beberapa minit setibanya mak dan Yan di rumah,ayahku pula pulang dengan kereta pacuan empat rodanya dan memerhati ke arah Mira yang sedang berlari untuk mendapatkannya.Seperti biasa,ayahku pulang dengan membawa barang basah seperti makanan laut dan sayur-sayuran untuk dimasak pada keesokan harinya.Setelah itu,ayah ke bilik untuk berehat sebentar sambil berbual bersama mak bagi menunggu waktu ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.Aku pula sedang sibuk melayari laman sosial Facebook sedangkan Yan sedang asyik menonton cerita favouritenya iaitu Kampung Boy bersama Mira.Aku telah memberi peringatan kepada Mira bahawa setelah makan dia harus tidur supaya waktu petang nanti tidak merengek kerana tidak cukup tidur.Yan pula perlu ke tuisyen pada pukul 5.30 p.m nanti bersama dengan Lin.Setelah selesai solat jumaat,Firdaus segera menghantar messages kepada aku untuk memecah kesunyian dan kerinduannya.Walaupun penat kerana dia mengambil bahagian dalan acara merentas desa anjuran sekolahnya,dia tetap melayan karenah aku yang perlukan perhatiannya.Betapa sayangnya dia kepadaku.Dia beritahu aku bahawa pada pukul 4.00 p.m nanti dia mahu ke tuisyen.Aku perlu sabar menantinya selesai tusyen.Aku tidak mengongkongnya malah aku berikan sokongan yang padu dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat dia.Aku yakin dengan kebolehan,keyakinan,dan kecekalan dia boleh hadapi semuanya dengan baik sekali.Insya-Allah.

Monday, 24 January 2011

Penat..

Hari ini aku bangun awal untuk kemas rumah.Tetapi bukan seperti biasa.Tugas aku membersihkan setiap kawasan rumah aku.Mencuci,mengemop,menyapu dan segala-galanya.Ini sudah menjadi peranan aku sebagai seorang anak untuk membantu ibu bapa dalam urusan rumah tangga.Sedikit sebanyak,aku dapat meringankan tulang kedua orang tuaku.Adik aku,Yan berada di sekolah saat ini.Abangku pula sedang berada di Kamsas politekniknya.Aku sendirian di rumah menjalankan rutin harianku.Mak aku keluar bersama adik aku,Mira untuk makan pagi di kedai yang berhampiran dengan rumahku.Aku pula dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah.Aku bermula di halaman rumahku di mana ada rak-rak buku yang terdapat di situ.Aku mengemas buku-buku yang masih berguna.Aku susunnya dengan rapi sekali.Buku-buku yang tidak pakai,aku bungkuskannya di dalam plastik dan menyimpannya di dalam stor.Ketika aku hendak menyapu lantai,kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumahku.Rupa-rupanya mak long,iaitu kakak kepada mak aku bersama anaknya,kak Ina.Ketibaan mereka disambut mesra oleh aku dengan ketiadaan mak aku di rumah.Ketika itu,aku masih belum selesai mengemas rumah.Tanpa berlengah,aku terus menyapu dan menyapu.Setelah itu,aku berhenti seketika untuk memberi layanan kepada mak long dan kak Ina walaupun aku kurang senang tanpa kehadiran mak aku di rumah.Setelah beberapa minit,barulah kelihatan mak aku dari arah jauh sedang menunggang motosikal menghampiri kami.Aku berasa lega lalu menyambung semula tugasanku.Aku mengemas bilik akak aku yang tidak menetap di sini sebaliknya di rumah mak mertuanya.Kemudian aku mengemas bilik aku dan seterusnya barulah bilik abang.Ianya cukup memenatkan aku.Walaupun begitu,senyuman manis jelas kelihatan di bibir setelah aku mendapat satu panggilan telefon daripada Firdaus,teman lelaki aku.Biar pun seketika,namun cukup bermakna bagiku.Aku meneruskan tugas aku,iaitu mengemas bilik abang aku yang kelihatan kurang memuaskan.Aku menyusun semua buku-bukunya yang bersepah di lantai dan pakaian yang dicampakkannya di atas katil.Sepenat mana sekalipun,aku tetap bersabar.Pada petangnya,aku kelihatan murung kerana handphone blueberry aku tersadai di kedai Fuji Film kerana bahagian control key rosak.Hurm..entah bilalah aku boleh dapatkan semula handphone aku itu.Sudah dua minggu tidak siap lagi.Tidak apalah..yang penting,aku harus bersabar.Pada malamnya pula,seperti biasa aku menonton televisyen bersama mak,abang dan Yan.Ayahku pula ke masjid sebagai seorang Islam yang sejati menunaikan kewajipan untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.Rutin harianku,seperti biasa aku melayari laman sosial facebook dan seperti biasa juga diganggu oleh abang dan adikku.Aku kurang selesa dengan kehadiran mereka di bilikku yang hanya ingin membuat sepah.Aku memberi peluang kepada abangku yang menunggu turnnya untuk mengguna laptopku.Padahal laptopnya sendiri masih boleh digunakan tetapi dia sengaja untuk tidak menyalah gunakan laptopnya yang ayah beli untuk kegunaan pembelajarannya.Kadangkala aku berasa sangat geram tetapi aku tetap bersabar walau apa pun yang terjadi padaku.Akhirnya,aku melelapkan mata biarpun aku kecewa dengan sikap Firdaus yang acuh tidak acuh terhadapku kerana dia sudah berjanji dengan aku mahu berbual di dalam telefon pada malam ini.Tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku  sebaliknya dia tertidur.Alasannya dia penat lalu tertidur.Walupun begitu,aku masih lagi bersabar kerana aku sayangkannya.Lagipun dalam perhubungan mesti ada salah seorang yang perlu mengalah.Barulah hubungan menjadi kekal dam abadi.

Sunday, 23 January 2011

Tuala oh tuala..

Hari ini aku bangun lambat.Tetapi bukan selalu.Jangan ingat aku perempuan yang pemalas tau.Aku bukan macam itu.Aku cuma tidak cukup tidur.Aku terlalu penat sehinggakan bangun pagi pun aku terlajak.Tetapi itu bukan alasan untuk aku tidak mengemas rumah.Sebagai seorang perempuan,aku perlulah mengambil berat tentang keadaan rumahku yang sering disepahkan oleh abang dan adikku termasuklah mak aku.Hurm..kalau mak aku pandai mengemas,taklah macam ni.Rumah aku pasti sentiasa bersih dan akan bersih sekiranya tiada orang yang sepahkan.Kalau korang jadi aku,mesti korang tak tahan hari-hari kena kemas rumah.Kalau bukan aku,siapa lagi?Adik aku?Hurm..jangan haraplah.Kalau disuruh baru nak buat.Itupun merungut.Nasib baiklah aku penyabar.Pagi-pagi lagi,mak aku dah keluar untuk makan pagi bersama Mira setelah hantar Yan ke sekolah.Aku ditinggalkan di rumah sendirian tiada berteman.Sedihlah pulak.Selesai mengemas rumah,aku segera mandi dan setelah itu aku menonton televisyen.Tiada slot yang menarik.Tetapi aku tetap menontonnya untuk memecah kesunyian.Kedengaran bunyi motorsikal tanda mak aku baru pulang untuk menyediakan juadah tengah hari untuk kami sekeluarga.Hari ini cukup membosankan.Di tambah pula dengan kehadiran adik Mira yang baru sahaja pulang dari tadika.Huru-hara jadinya rumahku.Ditambah lagi dengan kepulangaan abangku dan Yan dari sekolah.Hari petangku seperti biasa,aku menonton televisyen bersama keluargaku sambil menunggu Firdaus untuk menghantar message kepadaku.Tetapi tidak kunjung tiba juga.Kekecewaan dan kemurungan kelihatan di wajahku.Sehinggalah tiba malam menjelma,Firdaus tidak pula menghantar massege kepadaku.Eeeii..tidak tahan aku menahan keluh di dada.Tetapi aku tetap juga bersabar walau apapun.Aku faham dengan keadaannya.Aku tahu dia sedang menyiapkan semua kerja sekolah yang diberi oleh cikgunya.Tetepi takkanlah dia perlukan masa yang lama untuk siapkan semua kerja sekolahnya sehinggakan dia tiada masa untuk aku.Aku pernah juga berada dalam tingkatan lima tetapi tidaklah seteruk dia.Aku bukanlah pemalas.Semua kerja sekolah aku siapkan.Aku rasa lagi banyak kerja sekolah aku daripada diaTetapi,apa nak buat.Sabar jelah.Itulah tradmark aku.Aku harap dengan usaha yang ada pada dia ni,dia boleh berjaya.Amin.Sebelum maghrib,ketika aku hendak mandi,aku keluar dari bilik air untuk mengambil sikat.Kebetulan sikat ada di atas meja.Abang aku pun ada di situ.Sewaktu aku ingin mengambil sikat,kain tuala aku tiba-tiba terlucut di depan abang aku.Aku segera mencapai kain tualaku lalu memakainya semula.Diikuti dengan tawaan Yan yang melihat gelagat aku yang kurang menyenangkan.Aku terus berlalu ke bilik air.Malam,aku akan melakukan perkara yang sama seperti biasa.Sungguh memboringkan.

Saturday, 22 January 2011

Kenali Saya

     Helo buat semua rakan-rakan.Selamat berkenalan.Saya Nurfarahin binti Abu Kassim.Pada tarikh 8 julai 1993 saya dilahirkan di Hospital Kuala Kubu Baru,Selangor.Hobi saya ketika masa lapang ialah menyanyi.Saya juga bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat yang berjaya pada masa akan datang.

     Bercerita tentang sahabat,saya suka berkawan dengan ramai orang.Apatah lagi,dengan teknologi yang sedia ada,saya mampu mencari kawan dengan lebih ramai melalui laman sosial yang ada ini.Tetapisaya perlu berhati-hati supaya tidak silap memilih kawan dan keluarga sentiasa memantau aktiviti saya.

     Pada saya,persahabatan yang sejati,ialah hubungan yang murni dan lahir daripada hati yang ikhlas.Di mana ada saya,di situlah juga sahabat saya ada.Saya cukup tidak suka rakan yang suka cakap bohong,mungkir janji,dan memburukkan orang lain.Hurm..akhir kata,semoga kita menjadi sahabat yang baik suatu hari nanti.