Hello my friends..

My Friends

Sekarang ini aku belum ada pekerjaan lagi.Maklumlah,ayah aku masih tidak benarkan aku bekerja.Dia fikir aku masih budak mentah lagi.Tetapi aku protes kerana sememangnya aku mahukan kebebasan.Seharian aku di rumah,aku sering teringat kenangan aku sewaktu di bangku sekolah.Kawan-kawan aku yang paling rapat sekali dengan aku ialah Nurkhairunisha dan Nur Amira Solehah.Kami ialah tiga orang pengawas yang sentiasa bersama dan adakalanya terpisah kerana berlainan tugas.Kami sering dianggap adik-beradik oleh guru yang sering melihat kami yang sentiasa bersama.Wajah kami yang seakan-akan seiras menyukarkan guru untuk mengenal pasti kami bertiga.Terutamanya Puan Zarina Musa iaitu selaku guru pengawas di sekolah kami.Kami sentiasa berada di dalam group kami yang terdiri daripada kawan-kawan kami yang lain iaitu Lia Nur Atikah,Raihanum Sari,Tengku Siti Rahayu,Nurul Fatina,Siti Zaleha,Nur Hasfina,Nordiana,Farah Nur Fadhilah dan tidak lupa juga Ana Nurlela.Setiap rehat kami akan berkumpul bersama-sama.Walaupun sebentar,tetapi sudah memadai kerana kami berlainan kelas dan ada tugas yang perlu dilakukan seperti membuat kerja sekolah dan lain-lain.Asalkan berjumpa pasti ada cerita.Gelak tawa akan mengiringi setiap penceritaan walaupun sedang makan.Jadi tidak sopanlah.Beginilah betapa mesranya kami walaupun juga masih tersirat sengketa.Nur Amira solehah,iaitu seorang yang pemalu tetapi begitu yakin dengan prestasinya.Aku bangga berkawan dengannya.Dialah satu-satunya kawan dalam sejuta kerana dia sering berada di sisiku tatkala aku mempunyai masalah.Dia adalah pendengar yang setia.Dia juga sering mengungkapkan kata-kata yang menaikkan semangat aku.Betapa aku sangat merinduinya di saat ini.Kehadiran dia di sisi aku cukup bermakna.Nurkhairunisha pula adalah kawan yang setia.Dia sering membantu kawan-kawannya yang sedang menghadapi kesusahan.Dia akan sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya dalam pelbagai aspek.Dia juga akan tabah menghadapi karenah kawan-kawannya yang bersikap acuh tidak acuh padanya dan dia juga adalah kawan penyelesaian masalah.Sesiapa yang berkawan dengannya pasti akan berasa akan senang termasuklah aku.Kawan-kawan yang lain jarang aku jumpa kerana mereka berada dalam aliran Sains dan berbeza bangunan manakala sebahagian daripada kami berada dalam aliran Sastra.Jurang perbezaan antara kami bukan menjadi alasan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain.Adakalanya di waktu rehat dan adakalanya di luar sekolah.Hurm..yang paling aku bosan dengan dorang ni,setiap kali berjumpa pasti bertelagah.Bertelagah berebutkan pujaan hati mereka dari Korea iaitu Kumpulan BigBang.Aku pun tak pasti apa yang buat mereka tertarik dengan kumpulan itu.Aku seringkali bosan mendengar mereka asyik membualkan perihal kumpulan itu.Aku sendiri pun punya minat terhadap artist dari Korea tetapi tidaklah seteruk mereka.Fanatik sangat.Adakalanya mereka menangis melihat vedio klip kumpulan itu.Sungguh menyayat hati.Tetapi tidak aku.Sefanatik mana pun,aku tidak begitu.Aku cuma membeli buku yang terpapar wajah Kim Hyun Joong iaitu vokalis ss501 dan juga band Super Junior.Aku tertarik pada wajah mereka kerana semuanya seperti baby face dan lagu-lagunya yang membuatkan aku seakan-akan berada dalam khayalan.Aku mempunyai koleksi majalah hihuran Korea,iaitu E-pop.Di dalamnya terdapat gambar artis-artis popular Korea.Aku begitu taksub dengan koleksi E-pop ku.Sekarang ini,aku sedang buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan.Di tambah pula jauh daripada rakan-rakan.Membuatkan aku berasa sungguh bosan dan mahu keluar untuk belajar berdikari.Apa salahku sebagai seorang perempuan.Takkan dibiarkan saje duduk di rumah.Bagilah aku lakukan sesuatu yang boleh memajukan diri aku.Aku ingin juga belajar berdikari.Jauh daripada orang tua dan tidak mahu menyusahkan mereka lagi.Biarlah aku melangkah ke depan untuk mencari tujuan hidup aku.Asalkan tidak tersimpang jauh dari akidah.