Ini adalah abang aku.Nama dia Nor Azamuddin.Dia adalah satu-satunya abang yang aku paling sayang berbanding abang aku yang sorang lagi,iaitu Arif.Aku juga adalah salah satu kesayangannya.Dia selalu memberikan aku kata-kata semangat dan berharap aku akan mencapai kejayaan pada suatu hari nanti.Dia adalah seorang yang pandai berdikari.Dia telah mempunyai sebuah rumah walaupun masih bujang.Tetapi pada tahun ini juga dia akan berkahwin dengan wanita pilihannya,iaitu kak Nor Fadzilah.Wanita yang begitu cantik dan berbudi pekerti.Aku sayang padanya.Pada waktu lapang dia sering pulang ke sini melawat kami sekeluarga.Kadangkala aku akan menceritakan perihal aku kepadanya.Dia tidak jemu-jemu mendengar aku bercerita.Kerana itulah kami bertambah rapat.Kini mereka hanya menunggu hari untuk mereka diijab dan kabulkan.Aku harap mereka akan kekal hingga ke anak cucu dan bahagia selama-lamanya.Amin.

