Hello my friends..

Monday, 24 January 2011

Penat..

Hari ini aku bangun awal untuk kemas rumah.Tetapi bukan seperti biasa.Tugas aku membersihkan setiap kawasan rumah aku.Mencuci,mengemop,menyapu dan segala-galanya.Ini sudah menjadi peranan aku sebagai seorang anak untuk membantu ibu bapa dalam urusan rumah tangga.Sedikit sebanyak,aku dapat meringankan tulang kedua orang tuaku.Adik aku,Yan berada di sekolah saat ini.Abangku pula sedang berada di Kamsas politekniknya.Aku sendirian di rumah menjalankan rutin harianku.Mak aku keluar bersama adik aku,Mira untuk makan pagi di kedai yang berhampiran dengan rumahku.Aku pula dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah.Aku bermula di halaman rumahku di mana ada rak-rak buku yang terdapat di situ.Aku mengemas buku-buku yang masih berguna.Aku susunnya dengan rapi sekali.Buku-buku yang tidak pakai,aku bungkuskannya di dalam plastik dan menyimpannya di dalam stor.Ketika aku hendak menyapu lantai,kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan rumahku.Rupa-rupanya mak long,iaitu kakak kepada mak aku bersama anaknya,kak Ina.Ketibaan mereka disambut mesra oleh aku dengan ketiadaan mak aku di rumah.Ketika itu,aku masih belum selesai mengemas rumah.Tanpa berlengah,aku terus menyapu dan menyapu.Setelah itu,aku berhenti seketika untuk memberi layanan kepada mak long dan kak Ina walaupun aku kurang senang tanpa kehadiran mak aku di rumah.Setelah beberapa minit,barulah kelihatan mak aku dari arah jauh sedang menunggang motosikal menghampiri kami.Aku berasa lega lalu menyambung semula tugasanku.Aku mengemas bilik akak aku yang tidak menetap di sini sebaliknya di rumah mak mertuanya.Kemudian aku mengemas bilik aku dan seterusnya barulah bilik abang.Ianya cukup memenatkan aku.Walaupun begitu,senyuman manis jelas kelihatan di bibir setelah aku mendapat satu panggilan telefon daripada Firdaus,teman lelaki aku.Biar pun seketika,namun cukup bermakna bagiku.Aku meneruskan tugas aku,iaitu mengemas bilik abang aku yang kelihatan kurang memuaskan.Aku menyusun semua buku-bukunya yang bersepah di lantai dan pakaian yang dicampakkannya di atas katil.Sepenat mana sekalipun,aku tetap bersabar.Pada petangnya,aku kelihatan murung kerana handphone blueberry aku tersadai di kedai Fuji Film kerana bahagian control key rosak.Hurm..entah bilalah aku boleh dapatkan semula handphone aku itu.Sudah dua minggu tidak siap lagi.Tidak apalah..yang penting,aku harus bersabar.Pada malamnya pula,seperti biasa aku menonton televisyen bersama mak,abang dan Yan.Ayahku pula ke masjid sebagai seorang Islam yang sejati menunaikan kewajipan untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.Rutin harianku,seperti biasa aku melayari laman sosial facebook dan seperti biasa juga diganggu oleh abang dan adikku.Aku kurang selesa dengan kehadiran mereka di bilikku yang hanya ingin membuat sepah.Aku memberi peluang kepada abangku yang menunggu turnnya untuk mengguna laptopku.Padahal laptopnya sendiri masih boleh digunakan tetapi dia sengaja untuk tidak menyalah gunakan laptopnya yang ayah beli untuk kegunaan pembelajarannya.Kadangkala aku berasa sangat geram tetapi aku tetap bersabar walau apa pun yang terjadi padaku.Akhirnya,aku melelapkan mata biarpun aku kecewa dengan sikap Firdaus yang acuh tidak acuh terhadapku kerana dia sudah berjanji dengan aku mahu berbual di dalam telefon pada malam ini.Tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku  sebaliknya dia tertidur.Alasannya dia penat lalu tertidur.Walupun begitu,aku masih lagi bersabar kerana aku sayangkannya.Lagipun dalam perhubungan mesti ada salah seorang yang perlu mengalah.Barulah hubungan menjadi kekal dam abadi.

No comments:

Post a Comment