Ini adalah kakak aku.Nama dia Nurhidayah.Dia seorang yang baik hati.Dia juga seorang yang bertanggungjawab.Jadi tidak hairanlah kalau semua kerja rumah ini dia yang uruskan.Sikapnya yang sungguh ramah membuatkan orang tidak jemu bercerita apatah lagi berseloroh dengannya.Dia juga seorang yang berdikari dengan menentukan tujuan hidupnya sehingga mendapat apa yang diimpikannya.Wajahnya yang ayu serta mulus dipandang membuatkan ramai teruna tertarik kepadanya.Tetapi kini dia telah berumah-tangga.Dia kini menetap di rumah mak mertuanya.Sikapnya yang profesional dalam menjalankan tugasnya membuatkan aku bertambah hormat padanya.Dia juga mahukan yang terbaik untuk adik-adiknya.Dia sentiasa memberikan kata-kata semangat agar kami semua tabah menjalani duri dan ranjau dalam kehidupan.Kesilapan yang pernah dilakukan dahulu dijadikan satu pengajaran untuk lebih terus cekal dan tabah mengharungi hidup yang berliku-liku ini.Oleh kerana itulah,kami mengambil iktibar dari peristiwa yang penah berlaku padanya agar menjadikan hidup kami berguna pada masa akan datang.
Hello my friends..
My Lovely Sister
Subscribe to:
Comments (Atom)
